Sep 17, 2011

Alasan Kalau Tertido di Pejabat


Bila anda tertangkap oleh bos apabila sedang tidur di pejabat, jangan risau ikut jer alasan-alasan bernas seperti di bawah ni..

  • "Jururawat di klinik tadi cakap,perkara mcamni selalu berlaku apabila seseorang itu mendermakan darahnya."
  • "Tadi tu salah satu cara istirehat yang effektif seperti yang di ajar dalam Kursus Pengurusan yang saya hadiri atas arahan BOS"
  • "Saya tak tidur la Bos,tadi tu saya cuma bermeditasi untuk mencari penyelesaian tentang masalah yang dihadapi sayrikat ni"
  • "Alamak, kesan ubat batuk saya minum malam tadi tak hilang lagi"
  • "Kopi kat pantri room dah habisla Bos."
  • "Keje sapa nih masukkan ubat tidur dalam teh aku?"(dengan nada marah ke arah rakan sepejabat)
  • "Saya tak tidur tapi sedang menjalani latihan yoga untuk menghilangkan stress"
  • "Saya tadi cuma sedang mengeluarkan contact lens tanpa menggunakan tangan."
  • "Orang yang gila kerja macam saya mempunyai jam biologis yang unik dan berbeza dangan orang lain."
  • "Maklumla pengantin baru.."(tersipu malu)

Adab Minum


Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
  1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
  2. Mencuci perut
  3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
  4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
  5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: “Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabi (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut “Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk”

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :
  1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
  2. Bacalah ” Bismillah”
  3. Minum dengan tiga nafas
  4. Minum dalam keadaan duduk
  5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
  6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
  7. Jika tiada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
  8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
  9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

Sep 16, 2011

#7 Quote of The Day

Nak Kahwin, Tapi Tak Perlu Couple


Jodoh di tangan tuhan. Sebagai manusia,kita mempunyai keinginan untuk mencintai dan dicintai. Bila dah kemaruk bercinta, dunia ni dah macam korang yang pun, hingga kadang-kadang terbabas dari ajaran agama. Macam mana la tu kan..hehe, tapi di sini ada cara mudah untuk berkahwin tanpa perlu berkapel. Kira kes untuk mengurangkan dosa la. Mari kita sama-sama renungkan.

Soalan:
“Habis nanti macam mana nak cari isteri?”
Jawapan:
Apa pasal jauh sangat ko fikir ni? Berserah pada Allah sebab Dia Yang Maha Mengetahui. Telah ditentukan di Luh Mahfuz siapa jodoh kita la! Sampai masa sampai waktu, siapa di hatimu dia jua jodohmu.
Soalan:
“Bukan kita kena USAHA ke?”
Jawapan:
Memanglah kena usaha. Tak akan la nak duduk rumah saja tunggu orang masuk minang. Tapi COUPLE tu bukan usaha untuk kahwin! Itu usaha untuk puaskan nafsu! Baik kumpul duit, persiapkan diri dengan tanggungjawab, tuntut ilmu untuk bersedia jadi suami/isteri dan ayah/ibu yang sempurna. Bagi kaum lelaki, jika hati dah berkenan, apa tunggu lagi. Cepat-cepat la masuk meminang.
Soalan:
“Nanti kena REJECT macam mana?”
Jawapan:
Dah nak REJECT..so? Kalau ko kapel pun lepas tu pasangan korang tu sebenarnya tak suka korang pun..apa faedahnya. Korang dapat fizikal dia je, bukan hati dia. Fikir positif lah! Allah tahu apa yang terbaik untuk korang.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA.
Soalan:
“Kalau dah berkenan di hati macam mana?”
Jawapan:
Lagi senang kerja. Masa muda, belajar betul-betul. Biar sampai menara gading. Bila dah tamat belajar, cari kerja. Kumpul duit untuk kawin. Lama sangat nak tunggu kerja? Kalau korang sayangkan dia betu-betul, berapa tahun pun tak ada masalah. Kalau tak…simpan jer dalam hati kalau korang suka kat someone..cuba test berapa lama korang boleh suka kat budak tu?Mungkin perasaan korang tu just ACCIDENTALLY CRUSH ONLY. Mungkin korang akan jumpa yang lebih baik lagi dari dia selepas ni.
Soalan:
Orang lain kapel, lepas dah berapa tahun kahwin..OK jer!
Jawapan:
Cuba korang pikir, mungkin diorang dapat mendirikan rumah tangga, dapat baby comel…Tapi cuba korang pikir betul-betul…agak-agak dosa diorang sebelum diorang kahwin tu terhapus macam tu je ke? Maybe diorang dah kahwin, dah berjaya la kan…tapi diorang takkan dapat padamkan hakikat yang sebelum diorang kahwin diorang bergelumang dengan dosa dan nafsu. Antara orang yang kahwin tanpa kapel dengan org yang kapel lepas tu kahwin, korang rasa yang mana lebih mulia?
Soalan:
“Eleh!!Budget ko baik sangat arr? Ramai je yang couple. Bahagia je aku tengok.”
Jawapan:
Habis? Korang ada masalah?Aku hanya sampaikan ilmu yang aku dapat dari orang lain.Korang nak ikut atau tak…tu korang punya pasal la. korang pun yer hal!
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (az-Zariyat: 55)
Soalan:
Alamak brader, kubur masing-masing.. lain-lain..ko kisah apa!
Jawapan:
Sebab kubur lain-lain lah aku nak selamatkan korang siap-siap kat dunia ni..Kat dalam kubur nanti korang jerit melalak pun aku tak boleh nak tolong dah.
Soalan:
“Mak & ayah restu lah.”
Jawapan:
Memanglah mak bapak korang restu, tapi ada korang pikir restu Allah? Agak-agak Allah redha ke ko berhubungan sebelum ada ikatan yang sah hah?
Kepada yang agak-agak terasa tu..jangan marah dulu. Marah tu datang dari ego. Ego tu sebahagian dari nafsu. Ego selalu buat manusia nampak dia sorang jeyang betul, walaupun dia sendiri tahu dia salah. Mungkin ada yang rasa “impossible aku nak berubah” Tak salah takut dengan diri sendiri. Perlahan-lahan, yang penting dapat berubah, biar lambat asal selamat! 

Sep 15, 2011

Teman


"
Bila berdampingan dengan orang-orang hebat,

terasa diri ini terlalu kerdil dan sangat kurang Ilmu.
Bila berdampingan dengan orang
yang boleh menitiskan air mata demi Islam,
terasa lemahnya Iman ini.
Hargailah teman-teman sekeliling anda.
Boleh jadi Allah menghantar Hidayah
kepada kamu melalui mereka."

Sep 14, 2011

#6 Quote of The Day

Arah Kiblat


Seperti yang kita semua maklum, kiblat kita adalah Kaabah yang berada di Makkah. Tetapi, berapa ramai kita yang tahu arah mana kiblat kita yang sebenar? (untuk Malaysia). Kalau di setiap bilik, hotel, rumah tumpangan, homestay atau pun rumah kita, sudah ada siap-siap penunjuk arah kiblat di siling. Masalah yang akan timbul adalah, macam mana kalau tanda itu tiada?. Orang tua-tua dulu kata, jika nak tau arah kiblat kita, tengok la matahari terbenam kat mana, kalau orang moden pula kata, tengok jer piring Astro tu mengadap mana. Memang betul kata mereka tu semua.


Apa yang saya ingin berkongsi disini adalah tanggapan atau perspektif segelintir masyarakat tentang matahari terbenam adalah arah kiblat kita. Saya sebagai pelaut, sudah beberapa kali belayar dan mengerjakan solat di laut. Kami sebagai pelaut telah diajar bagaimana untuk mengira masa untuk matahari terbenam dan terbit. Begitu juga dengan penentuan arah kiblat untuk solat.


Sebenarnya, arah kiblat kita adalah pada bearing 280. Perkiraan ini adalah berdasarkan pada atas peta dunia dari negara kita Malaysia terus menuju ke Kaabah di Makkah. Arah ini dikatakan tepat. Sekiranya kita ikut arah matahari terbenam, maka ianya kurang tepat. Bukan tidak betul ya, tetapi kurang tepat. Kenapa saya berkata begini adalah matahari akan terbenam pada arah yang berbeza-beza pada setiap bulan. Kadang-kadang, matahari akan terbenam pada arah 280, kadang-kadang pada arah 260. Jadi, kita hendak sembahyang mengadap kiblat, bukan matahari. 


Kenapa jadi begini? semua sedia maklum bumi berputar pada paksi yang condong, dan tidak berputar secara menegak. Makanya, arah matahari terbenam akan sentiasa berubah pada waktu-waktu yang tertentu. Sekiranya tidak percaya, beli satu kompas dan lihat pada arah mana arah matahari akan terbenam. Mungkin hari ini akan pada arah lain, tetapi pada sebulan atau dua bulan akan datang, matahari akan terbenam pada arah lain. Ianya akan lari beberapa darjah, tetapi matahari akan tetap terbenam pada arah Barat ya. sekiranya pada arah lain, itu sudah Kiamat. Sekiranya kita mempunyai kompas, dan ingin mengerjakan solat carilah arah 280 dan situ la arah kiblat kita.


Jadi, apa yang saya cerita ini boleh la kita berkongsi bersama dan lakukannya. Apa yang saya kata ini bukan la kata-kata orang dahulu tidak benar, tetapi ingin ketepatan ketika mengerjakan solat. Sekiranya tiada kompas, arah matahari masih relevan untuk dijadikan sebagai panduan dan kita pasang niat untuk mengadap kiblat. Semoga apa yang kita kerjakan mendapat keredhan dari Allah. Allahuallam

Sep 12, 2011

#5 Quote of The Day

Andai Lelaki Tahu


#1. Jatuh Cinta.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

#2. Air Mata.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

#3. Marah.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

#4. Banyak Cakap.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

#5. Berubah.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

#6. Cemburu.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

#7. Risau.
Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

#8. Merajuk.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

#9. I Love You.
Andai lelaki tahu. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘I LOVE YOU’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

#10. Rindu.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

#11. Menguji.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

#12. Terbaik.
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

#13. Hati yang lembut.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

#14. Perasaan.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

#15. Memahami.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

Sep 11, 2011

Cara untuk jadikan roomate gila


#1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

#2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

#3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

#4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

#5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

#6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

#7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

#8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

#9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

#10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

#11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

#12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

#13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampung. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

#14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

#15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

#16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

#17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

#18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

#19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.

bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

#20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat

ps: hahaha...tips-tips ini mungkin akan berjaya sekiranya dilakukan setiap hari, sila lakukan dengan terancang...

Sep 10, 2011

Strong Mind



If you can read this you have a strong mind:

7H15 M3554G3 53RV35 7O PR0V3 H0W 0UR M1ND5 C4N D0 4M4Z1NG 7H1NG5, 1MPR3551V3 7H1NG5! 1N 7H3 B3G1NN1NG 17 WA5 H4RD BU7 N0W, 0N 7H15 LIN3 Y0UR M1ND 1S R34D1NG 17 4U70M471C4LLY W17H 0U7 3V3N 7H1NK1NG 4B0U7 17, B3 PROUD! 0NLY C3R741N P30PL3 C4N R3AD 7H15. R3 P057 1F U C4N R35D 7H15!

#4 Quote of The Day

Sep 9, 2011

Nilai Hantaran


Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye."

Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat." 

Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar downpayment 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya test drive dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah lemau, enjin pon tak bagus.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!"

Cerita ni just joke, mungkin ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati..hehehe...tp zaman dah berubah..satu-satu berubah, kita sebagai hamba yang masih berpijak di atas dunia ni..layan n folow jer la..kalau nk hidup lama la..semua benda boleh berubah cuma Al-Quran jer x boleh di ubah

#3 Quote of The Day

Sep 8, 2011

#2 Quote of The Day

Petua Untuk Rawatan Demam



#1 - Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dangan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.”


#2 - Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak 3 malam pada waktu sahur.”


#3 - Daripada Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dangan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari, dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tidak sembuh cubalah sebanyak 5 kali, 7 kali atau 9 kali. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9 kali InsyaAllah.”

#4 - Daripada Jabir r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: “Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.”

Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: “Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”.

Kriteria Isteri Idaman



#1 - Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

#2 - Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

#3 - Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

#4 - Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

#5 - Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...

Sep 5, 2011

Aku bukan Gorilla


Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik melaporkan diri, dia diberikan uniform berbentuk gorila. Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati beberapa hari lalu. Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok.

Lama-kelamaan pemuda tersebut merasa seronok dengan tugasnya. Namun pada suatu hari minggu yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa.Singa yang sedang berehat terus menerpa ke arah pemuda tersebut.

Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan.

"Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya.

Perlahan-lahan singa tersebut berbisik ke telinga pemuda itu.. 

"Hishhh! Diamlah,jika tidak kita berdua akan dipecat," kata singa itu.

Sama juga rupanya .

Sep 4, 2011

Rompakan ATM

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini. 

Sep 2, 2011

A Sailor's Prayer


Rule In Life


FIVE RULES TO REMEMBER IN OUR LIFE

#1. Money & Happiness
Money cannot buy happiness but its more comfortable to cry in a Mercedes than on a bicycle.

#2. Forgiveness
Forgive your enemy but remember the bastard's name.

#3. Helping

Help someone when they are in trouble and they will remember you when they're in trouble again.

#4. Life
Many people are alive only because it's illegal to shoot them.

#5. Solving the problems
Alcohol does not solve any problems, but then again, neither does milk.