Sep 16, 2011

Nak Kahwin, Tapi Tak Perlu Couple


Jodoh di tangan tuhan. Sebagai manusia,kita mempunyai keinginan untuk mencintai dan dicintai. Bila dah kemaruk bercinta, dunia ni dah macam korang yang pun, hingga kadang-kadang terbabas dari ajaran agama. Macam mana la tu kan..hehe, tapi di sini ada cara mudah untuk berkahwin tanpa perlu berkapel. Kira kes untuk mengurangkan dosa la. Mari kita sama-sama renungkan.

Soalan:
“Habis nanti macam mana nak cari isteri?”
Jawapan:
Apa pasal jauh sangat ko fikir ni? Berserah pada Allah sebab Dia Yang Maha Mengetahui. Telah ditentukan di Luh Mahfuz siapa jodoh kita la! Sampai masa sampai waktu, siapa di hatimu dia jua jodohmu.
Soalan:
“Bukan kita kena USAHA ke?”
Jawapan:
Memanglah kena usaha. Tak akan la nak duduk rumah saja tunggu orang masuk minang. Tapi COUPLE tu bukan usaha untuk kahwin! Itu usaha untuk puaskan nafsu! Baik kumpul duit, persiapkan diri dengan tanggungjawab, tuntut ilmu untuk bersedia jadi suami/isteri dan ayah/ibu yang sempurna. Bagi kaum lelaki, jika hati dah berkenan, apa tunggu lagi. Cepat-cepat la masuk meminang.
Soalan:
“Nanti kena REJECT macam mana?”
Jawapan:
Dah nak REJECT..so? Kalau ko kapel pun lepas tu pasangan korang tu sebenarnya tak suka korang pun..apa faedahnya. Korang dapat fizikal dia je, bukan hati dia. Fikir positif lah! Allah tahu apa yang terbaik untuk korang.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA.
Soalan:
“Kalau dah berkenan di hati macam mana?”
Jawapan:
Lagi senang kerja. Masa muda, belajar betul-betul. Biar sampai menara gading. Bila dah tamat belajar, cari kerja. Kumpul duit untuk kawin. Lama sangat nak tunggu kerja? Kalau korang sayangkan dia betu-betul, berapa tahun pun tak ada masalah. Kalau tak…simpan jer dalam hati kalau korang suka kat someone..cuba test berapa lama korang boleh suka kat budak tu?Mungkin perasaan korang tu just ACCIDENTALLY CRUSH ONLY. Mungkin korang akan jumpa yang lebih baik lagi dari dia selepas ni.
Soalan:
Orang lain kapel, lepas dah berapa tahun kahwin..OK jer!
Jawapan:
Cuba korang pikir, mungkin diorang dapat mendirikan rumah tangga, dapat baby comel…Tapi cuba korang pikir betul-betul…agak-agak dosa diorang sebelum diorang kahwin tu terhapus macam tu je ke? Maybe diorang dah kahwin, dah berjaya la kan…tapi diorang takkan dapat padamkan hakikat yang sebelum diorang kahwin diorang bergelumang dengan dosa dan nafsu. Antara orang yang kahwin tanpa kapel dengan org yang kapel lepas tu kahwin, korang rasa yang mana lebih mulia?
Soalan:
“Eleh!!Budget ko baik sangat arr? Ramai je yang couple. Bahagia je aku tengok.”
Jawapan:
Habis? Korang ada masalah?Aku hanya sampaikan ilmu yang aku dapat dari orang lain.Korang nak ikut atau tak…tu korang punya pasal la. korang pun yer hal!
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (az-Zariyat: 55)
Soalan:
Alamak brader, kubur masing-masing.. lain-lain..ko kisah apa!
Jawapan:
Sebab kubur lain-lain lah aku nak selamatkan korang siap-siap kat dunia ni..Kat dalam kubur nanti korang jerit melalak pun aku tak boleh nak tolong dah.
Soalan:
“Mak & ayah restu lah.”
Jawapan:
Memanglah mak bapak korang restu, tapi ada korang pikir restu Allah? Agak-agak Allah redha ke ko berhubungan sebelum ada ikatan yang sah hah?
Kepada yang agak-agak terasa tu..jangan marah dulu. Marah tu datang dari ego. Ego tu sebahagian dari nafsu. Ego selalu buat manusia nampak dia sorang jeyang betul, walaupun dia sendiri tahu dia salah. Mungkin ada yang rasa “impossible aku nak berubah” Tak salah takut dengan diri sendiri. Perlahan-lahan, yang penting dapat berubah, biar lambat asal selamat! 

No comments:

Post a Comment