Seperti yang kita semua maklum, kiblat kita adalah Kaabah yang berada di Makkah. Tetapi, berapa ramai kita yang tahu arah mana kiblat kita yang sebenar? (untuk Malaysia). Kalau di setiap bilik, hotel, rumah tumpangan, homestay atau pun rumah kita, sudah ada siap-siap penunjuk arah kiblat di siling. Masalah yang akan timbul adalah, macam mana kalau tanda itu tiada?. Orang tua-tua dulu kata, jika nak tau arah kiblat kita, tengok la matahari terbenam kat mana, kalau orang moden pula kata, tengok jer piring Astro tu mengadap mana. Memang betul kata mereka tu semua.
Apa yang saya ingin berkongsi disini adalah tanggapan atau perspektif segelintir masyarakat tentang matahari terbenam adalah arah kiblat kita. Saya sebagai pelaut, sudah beberapa kali belayar dan mengerjakan solat di laut. Kami sebagai pelaut telah diajar bagaimana untuk mengira masa untuk matahari terbenam dan terbit. Begitu juga dengan penentuan arah kiblat untuk solat.
Sebenarnya, arah kiblat kita adalah pada bearing 280. Perkiraan ini adalah berdasarkan pada atas peta dunia dari negara kita Malaysia terus menuju ke Kaabah di Makkah. Arah ini dikatakan tepat. Sekiranya kita ikut arah matahari terbenam, maka ianya kurang tepat. Bukan tidak betul ya, tetapi kurang tepat. Kenapa saya berkata begini adalah matahari akan terbenam pada arah yang berbeza-beza pada setiap bulan. Kadang-kadang, matahari akan terbenam pada arah 280, kadang-kadang pada arah 260. Jadi, kita hendak sembahyang mengadap kiblat, bukan matahari.
Kenapa jadi begini? semua sedia maklum bumi berputar pada paksi yang condong, dan tidak berputar secara menegak. Makanya, arah matahari terbenam akan sentiasa berubah pada waktu-waktu yang tertentu. Sekiranya tidak percaya, beli satu kompas dan lihat pada arah mana arah matahari akan terbenam. Mungkin hari ini akan pada arah lain, tetapi pada sebulan atau dua bulan akan datang, matahari akan terbenam pada arah lain. Ianya akan lari beberapa darjah, tetapi matahari akan tetap terbenam pada arah Barat ya. sekiranya pada arah lain, itu sudah Kiamat. Sekiranya kita mempunyai kompas, dan ingin mengerjakan solat carilah arah 280 dan situ la arah kiblat kita.
Jadi, apa yang saya cerita ini boleh la kita berkongsi bersama dan lakukannya. Apa yang saya kata ini bukan la kata-kata orang dahulu tidak benar, tetapi ingin ketepatan ketika mengerjakan solat. Sekiranya tiada kompas, arah matahari masih relevan untuk dijadikan sebagai panduan dan kita pasang niat untuk mengadap kiblat. Semoga apa yang kita kerjakan mendapat keredhan dari Allah. Allahuallam
No comments:
Post a Comment